Ismail menunjukkan projek penambahbaikan Pondok Moden.
JENUB,10 JUN 2011 - Penambahbaikan Pondok Moden parlimen Jeli dekat sini dilihat usaha berterusan Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed untuk melihat generasi akan datang lengkap dengan ilmu dunia dan akhirat.
Pengurus Pondok Moden, Ismail Jusoh berkata,usaha To Pa itu cukup murni kerana beliau amat bersungguh-sungguh dalam membangunkan Pondok Moden.
Menurutnya, pelbagai kemudahan telah disediakan di parlimen Jeli ini dan Pondok Moden ini adalah salah satu usahanya menjadikan parlimen Jeli menjadi mercu tanda baru pembangunan agama dan dakwah selain pembangunan fizikal lain.
"Apa yang dibangunkan To Pa ini merupakan kesedaran beliau bahawa institusi sedemikian boleh memberi pendidikan agama dan dakwah secara tersusun kepada rakyat.
"Langkah itu sekaligus akan mempertingkatkan pengetahuan keagamaan masyarakat selain dijadikan pusat keilmuan yang menjalankan kegiatan tetap dan berkala setiap minggu,"katanya.