Pembinaan blok bangunan baru SK Lalang Pepuyu kini siap dibina.
LALANG PEPUYU,10 JUN 2011 - Projek pembinaan dua blok bangunan baru Sekolah Kebangsaan (SK) Lalang Pepuyu siap dibina.
Projek kerajaan persekutuan yang dianggarkan bernilai lebih RM 1 Juta itu bukan sahaja akan mampu menampung pertambahan pelajar di kawasan tersebut bahkan inilah usaha kerajaan hari ini dalam menambahbaik perkhidmatan pendidikan di kawasan parlimen Jeli khususnya.
Penduduk, Norazah Abdulllah,29 berkata, bangunan baru yang telah siap menggantikan bangunan lama sekolah berkenaan dilihat cukup selesa.
Menurutnya,sebagai bekas murid sekolah berkenaan saya sangat gembira sekali dengan perubahan ini demi manfaat generasi akan datang.
"Blok baru bangunan dua tingkat lengkap dengan dewan terbuka dan kantin baru sekaligus menampkkan keselesaan untuk murid-murid datang menuntut ilmu.
"Terima kasih kepada kerajaan persekutuan hari ini yang sangat menjaga kebajikan rakyat dan inilah yang kita mahu supaya kita dapat membina generasi yang berjaya kelak,"katanya.