Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pemuda Jeli Buat Laporan Polis Bantah Bersih Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 13 Jun 2011

Bersih.JPG
Khairul menunjukkan laporan Polis bersama anak buahnya di IPD Jeli.


JELI,13 JUN 2011 - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli dekat sini membuat laporan polis membantah perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dijadual pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

Ketuanya, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata,laporan tersebut merupakan bantahan keras Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli terhadap penganjuran perhimpunan tersebut.

Menurutnya, perhimpunan tersebut bukan sahaja akan mewujudkan huru- hara bahkan tindakan tersebut seolah-olah mencabar perundangan negara.

"Pada tanggapan saya perhimpunan tersebut boleh membawa kesan negatif kepada negara dan apa yang dirancang pembangkang ini boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat kerana apa yang dirancang lebih kepada sentimen politik semata-mata.

"Jadi,laporan yang kita buat ini adalah usaha untuk kita hentikan perhimpunan itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku dan kita cukup bimbang bagaimana perhimpunan sebelum ini begitu tegang sehinggakan kedai,jalan,pejabat di tutup,"katanya.

Khairul yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli pada masa yang sama menggesa anak-anak muda supaya tidak terlibat dengan aktiviti tersebut.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement