Dato' Irwan turun menziarahi penduduk yang lumpuh di Tok Che Dol.
TOK CHE DOL,8 JUN 2011 - Kemeriahan cuti sekolah di Kelantan khususnya di parlimen Jeli dengan majlis kenduri kahwin dan pelbagai lagi program ianya sentiasa mendapat perhatian Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed.
Walaupun berada di luar negara atas urusan rasmi, Dato' Sri Mustapa Mohamed tetap menghantar wakilnya, Dato' Irwan Mansor yang juga Setiausaha Sulit Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menjengah penduduk parlimen Jeli.
Kehadiran Dato' Irwan di parlimen Jeli sudah sebati dengan penduduk di Jeli dan beliau sendiri sudah dikenali di kalangan penduduk di sini.
Setiap kali turun ke bawah, ianya menjadi rutin Dato' Irwan menjayakan program ziarah rumah ke rumah untuk melihat sendiri keadaan penduduk di Jeli selain menyampaikan salam To Pa.