Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Siswazah Disaran Tambah nilai Kemahiran Insaniah Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 08 Jun 2011

UUM 1.jpg
YB Adhan berbual mesra dengan penduduk yang hadir.


AIR CHANAL,8 JUN 2011 - Siswazah-siswazah disaran menambah nilai kemahiran insaniah antaranya kebolehan berkomunikasi dengan berkesan, daya kepimpinan dan keupayaan berfikir secara strategik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik,kesemua elemen itu cukup bernilai apabila siswazah menamatkan pengajian mereka nanti.

Menurutnya,elemen tersebut bukan sahaja mampu menempatkan pasaran kerja lebih baik kepada siswazah bahkan elemen itu sekaligus akan mempersiapkan diri siswazah sesuai dengan kehendak serta keperluan pasaran kerja.

"Apabila elemen sedemikian ada maka kualitinya cukup tinggi untuk siswazah memulakan kerjaya mereka apabila tamat pengajian,"katanya ketika berucap pada majlis penyerahan semula anak angkat sempena program Bakti Siswa Perdana Univeristi Utara Malaysia (UUM) dekat sini.

Seramai 32 siswazah UUM berkampung lima hari empat malam di sana sempena program yang dijayakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement