Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Sukan Wadah Gaya Hidup Sihat, Pupuk Perpaduan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 07 Jun 2011

KArom.jpg
Khairul Ikhwaniza turun melihat sendiri kejohanan yang berlangsung.


REPAH,7 JUN 2011 - Kegiatan sukan bukan sahaja wadah mendidik masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat bahkan platform meningkatkan perpaduan dalam masyarakat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata,elemen perpaduan yang di bawa menerusi sukan tanpa mengira kaum dan idealogi politik ini sangat berkesan mengukuhkan perpaduan sedia ada.

Menurutnya,penyertaan pelbagai peringkat usia dalam masyarakat pada masa yang sama menjadi medan bertukar informasi dan pandangan ke arah 1Malaysia berjaya.

"Penganjurannya juga antara lain menjadi medan menyampaikan maklumat dan aspirasi kerajaan untuk golongan muda terutamanya.

"Jadi, skop sukan ini cukup luas, apabila kita gunakannya sebaik mungkin maka kita dapat membina keutuhan dalam masyarakat ke arah satu perpaduan yang jitu,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Tertutup Karom Peti Undi Lawang dekat sini.

Sempena kejohanan itu, 82 regu masuk bertanding untuk merebut wang tunai dan hamper sumbangan Pemuda Bahagian Jeli.

Kejohanan yang berlangsung selama 2 minggu itu turut mendapat perhatian Pemuda Jeli apabila turut menyumbangkan papan karom untuk memeriahkan pertandingan.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement