Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Masjid Batu 11 Terima Khabar Gembira Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 06 Jun 2011

Masjid Batu 11.jpg
Dato' Sri Shafie dan To Pa mengaminkan doa pada majlis kenduri kampung bersama rakyat di Masjid Batu 11.


BATU 11,6 JUN 2011 - Kedatangan Naib Presiden UMNO, Dato' Sri Shafie Apdal merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ke parlimen Jeli Jumaat lalu membawa khabar gembira kepada jemaah di Masjid Batu 11.

Kegembiraan itu disambut penuh syukur dikalangan jemaah di sana apabila Dato' Sri Shafie mengumumkan peruntukan bagi menurap di kawasan sekitar Masjid Batu 11 dan membekalkan karpet baru kepada masjid berkenaan.

Pengumuman yang dibuat ketika beliau hadir menunaikan solat Jumaat dan kenduri kampung bersama penduduk kawasan Batu 11 itu ternyata disambut baik penduduk di sana.

Penduduk,Abdullah Yaacob berkata, beliau sangat bersyukurs ekali dengan pengumuman tersebut.

Menurutnya,sebelum ini Masjid Batu 11 hanya sebuah madrasah kecil yang dibangunkan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dah mampu memuatkan 150 jemaah.

"Namun selepas ianya mendapat perhatian Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed Masjid Batu 11 kini dah besar,cantik dan selesa untuk digunakan jemaaah.

"Kini, apabila pembinaan masjid baru telah siap, Dato' Sri Shafie pula luluskan peruntukan untuk bekalkan karpet baru dan menurap jalan di kawasan masjid,Alhamdulillah,"katanya.

"Saya gembira dengan perkembangan ini, kerajaan persekutuan cukup cakna dalam soal ini dan sentiasa mengambil berat keperluan jemaah di sini,"katanya.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement