Dato' Irwan turun padang bersama Dato' Noh Daliman menghadiri kenduri kahwin.
BUKIT BUNGA,6 JUN 2011 - Setiausaha Sulit Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato' Irwan Mansor dekat sini turun menjengah rakyat.
Ziarah seharinya di parlimen Jeli itu turut membuka peluang kepadanya bertegur sapa bertanyakan khabar keadaan rakyat Jeli.
Sehari berada di Jeli, Dato' Irwan turut menziarahi 11 buah rumah warga emas, orang sakit dan menghadiri kenduri kahwin di sekitar Bukit Bunga.
Ziarah Dato' Irwan itu turut diikuti Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn, Dato' Noh Daliman.