Dato' Sri Shafie menyampaikan cenderahati kepada Tokoh Veteran UMNO Bahagian Jeli.
BUKIT NANGKA,5 JUN 2011 - Kelantan menerima peruntukan sebanyak RM374.2 juta dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi pelaksanaan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), kata Menterinya Dato' Sri Mohd Shafie Apdal.
Walaupun Kelantan diperintah oleh kerajaan pimpinan Pas katanya, kerajaan Pusat masih memberi peruntukan besar termasuk RM20 juta untuk kawasan Parlimen Jeli.
"Komitmen itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO prihatin terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira mereka itu berada di bawah kerajaan pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jeli, di sini, hari ini.
Mohd. Shafie, yang juga naib presiden UMNO berkata, terpulang kepada rakyat untuk memikirkan perubahan dalam menentukan kerajaan yang memerintah negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. - Bernama