Penyokong Pas tak perlu persoal kenapa Pas menggugurkan matlamat
menegakkan negara Islam. Juga tak perlu pertikai kenapa hudud bukan lagi
menjadi keutamaan Pas.
Penyokong Pas juga tak perlu bimbang dengan keputusan perwakilan
muktamar yang mendahulukan kumpulan profesional daripada pimpinan
ulamak.
Juga jangan pertikai kenapa Muktamar Pas menolak bukti video yang
disahkan tulin sebagai bukti pertuduhan seks yang melibatkan Anwar. Itu
bukan isunya. Isunya ialah kenapa didedahkan dan apa niat disebalik
pendedahan keaiban yang benar-benar berlaku.
Jangan bimbang walaupun seolah-olah Pas kelihatan telah tolak negara
Islam dan tolak hudud. Jangan bimbang walaupun Pas kelihatan telah
menolak golongan ulamak.
Jangan takut walaupun kelihatan Pas sudah menjadi pejuang dan pembela no.1 golongan yang melakukan kemungkaran zina dan liwat.
Semua ini dilakukan oleh Pas adalah semata-mata untuk mencapai
matlamat baru untuk menguasai Putrajaya. Jika Pas tak lakukan semua ini,
maka selagi itulah usaha untuk menuju Putrajaya akan gagal.
Penyokong Pas harus faham ‘matlamat menghalalkan cara’ kini sudah
dibolehkan dalam Islam. Muktamar Pas sudah meluluskan sebulat suara
teori ‘marchivallie’ ini tidak bertentangan lagi dengan Islam.
Penyokong Pas harus faham ‘matlamat menghalalkan cara’
kini sudah dibolehkan dalam Islam. Muktamar Pas sudah meluluskan sebulat
suara teori ‘marchivallie’ ini tidak bertentangan lagi dengan Islam.
Untuk mencapai matlamat ini, Pas harus sanggup korbankan matlamat
perjuangan asal penubuhannya. Walaupun terpaksa menelan semula tuduhan
kufur dan kafir yang dilemparkan kepada UMNO atas alasan UMNO menolak
hudud dan negara Islam serta bersekongkol dengan MCA tetapi pilihan
terpaksa juga dibuat.
Selagi tidak dikorbankan prinsip perjuangan asal ini, selagi itulah kerjasama mereka dengan DAP akan menemui jalan buntu.
Mahu tidak mahu Pas mesti bertolak ansur dengan DAP. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Mahu tidak mahu, Pas terpaksa juga menyebelahi Anwar, walaupun Pas
seperti yang dinyatakan oleh Salehuddin Ayub dan Tantawi akan menunggu
hasil siasatan polis baru mahu buat pendirian berkaitan video seks yang
melibatkan Anwar.
Mahu tidak mahu Pas harus nyatakan pendirian sekarang, walaupun ayat
tuhan ada menyebut, ‘Jangan sangka kamu beriman selagi Aku tidak duga….’
Kesimpulannya, mahu tidak mahu jika terpaksa memilih antara iman dan
kufur, tetapi demi maksud kuasa dan kerjasama erat dapat dijayakan
bersama DAP, Pas harus memilih jalan ini walaupun terdedah kepada bahaya
kufur.
Mungkin iman dan agama boleh ‘buy back’ kemudian. Apa yang penting
ketika ini, kuasa wajib diambil dulu. Lain-lain belakang cerita.
Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com)