Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Cadangan UDA Holdings Tertakluk Kepada Prosedur Perolehan Kerajaan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliTerkini umno-online    
Posted by: umnojeli_admin 06 Jun 2011
IPOH, 5 Jun – Cadangan UDA Holdings Bhd yang mahu melantik syarikat dari China bagi membangunkan kawasan Penjara Pudu dengan anggaran kos RM6.7 bilion adalah tertakluk kepada prosedur perolehan kerajaan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata berdasarkan peraturan, kelulusan projek bernilai lebih RM300 juta oleh semua badan milik kerajaan atau berkaitan kerajaan akan diputuskan Kementerian Kewangan.

“Bagi projek melibatkan lebih RM300 juta, keputusan daripada pihak pengurusan syarikat akan dihantar kepada Kementerian Kewangan dan Bahagian Perolehan akan membuat penilaian teknikal terhadap keputusan itu sebelum dibawa ke Jawatankuasa Perolehan untuk dimuktamadkan,” katanya  disini hari ini.

Beliau diminta mengulas isu pembangunan tapak penjara terbabit, yang timbul apabila UDA Holdings – sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan – didakwa mahu melantik syarikat dari China untuk memajukan kawasan itu kerana tiada syarikat bumiputera yang layak.

Mengulas lanjut, Ahmad Husni berkata bagi projek bernilai lebih RM300 juta, jawatankuasa itu akan dipengerusikan Menteri Kewangan I, manakala beliau mempengerusikan mesyuarat untuk projek bernilai antara RM100 hingga RM150 juta
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement