Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 “Bekas Anak Buah Nik Aziz“ Saran Pas Jadikan Muktamar Medan Perkasakan Parti Minimize
Location: BlogsBuletin JeliTerkini umno-online    
Posted by: umnojeli_admin 02 Jun 2011

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Pas disaran menjadikan Muktamar Agung mereka kali ini untuk memperkasakan peranan Dewan Ulama serta Majlis Syura Ulama yang mana seolah-olah tidak bertaring dan sekadar pelengkap kepada penjenamaan Islam terhadap parti tersebut.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Hj Ahmad berkata apa yang berlaku hari ini menampakkan bagaimana “kepimpinan ulama” yang banyak bercakap dalam menyatakan sesuatu perkara khususnya berdasarkan pandangan Islam.

Soal beliau manakah yang paling mempunyai autoriti untuk bercakap antara Dewan Ulama, Majlis Syura Ulama dan Kepimpinan Ulama yang mengelirukan orang ramai sekaligus memperlihatkan Pas memperalatkan Islam untuk kepentingan mereka.

“Ulama dan Islam yang digunapakai oleh parti itu dilihat sebagai satu penjenamaan agar Pas dilihat lebih Islamik  berbanding parti-parti lain. Saya sebut perkara itu kerana wujudnya kekeliruan sepertimana yang saya bangkitkan di atas.

“Justeru kepada pucuk pimpinan dan perwakilan Pas, gunalah Muktamar kali ini untuk melihat perkara berkenaan dan bukannya menjadikan perhimpunan itu sebagai medan menghentam musuh politik untuk kepentingan mereka,” katanya.

TIRAI Muktamar Tahunan Pas Ke-57 akan dibuka dengan perasmian muktamar Dewan Pemuda malam ini dan diikuti oleh Dewan Ulama dan Dewan Muslimat esok.  Pelbagai pergolakan politik yang berlaku telah memungkinkan persidangan Dewan Pemuda dan Dewan Ulama paling mendapat tumpuan berbanding Dewan Muslimat.

Namun begitu apa yang menjadi persoalan sejauh manakah perwakilan ke Dewan Pemuda akan memainkan peranan mereka bagi memulihkan kembali imej Pas selain peranan  Dewan Ulama, bagaikan ‘hidup segan mati tak mahu’ apabila berhadapan dengan isu-isu politik yang memerlukan mereka bersuara.

Setakat ini harapan untuk melihat Dewan Ulama benar-benar memainkan peranan sebagai sebuah badan yang mengawal perjalanan politik Pas semakin pudar.

Mengulas lebih lanjut, Datuk Ghazali seterusnya berkata Pas hari ini telah banyak berubah dan tidak seperti perjuangan mereka pada masa dahulu.

“Sebab itulah saya berani katakan, Pas hari ini tidak sebersih “kain  putih”” sepertimana yang mereka laung-laungkan kononnya mereka adalah parti yang bersih dan sebagainya. Dunia telah berubah, keadaaan pun berubah, apatah lagi Pas yang dipimpin oleh manusia biasa.

“Apabila berlakunya pertandingan akan wujud kata mengata dan sebagainya dan mungkin juga wujud perasaan tidak puas hati antara satu sama lain, cumanya mereka bijak menutup perkara berkenaan. Apa pun saya berharap Pas akan menggunakan Muktamar kali ini untuk bangkit dan tidak selamanya menjadi “budak suruhan” kepada sekutu mereka di dalam pakatan pembangkang,” katanya. – MediaUMNO

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement