Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Isu Video Seks – Muktamar Pas Medan Terbaik Nyatakan Pendirian Minimize
Location: BlogsBuletin JeliTerkini umno-online    
Posted by: umnojeli_admin 02 Jun 2011

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Muktamar Tahunan Pas kali ini pasti menjadi medan kepada perwakilan yang hadir untuk mendapatkan penjelasan dari pucuk kepimpinan parti itu mengenai hubungan parti itu dengan parti dalam pakatan pembangkang.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Professor Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata pada muktamar kali ini banyak perkara yang perlu dijelaskan oleh pemimpin mereka kerana sejak kebelakangan ini dilihat bagaikan tiada keserasian dan kesefahaman dalam pakatan pembangkang.

“Apa yang pasti, isu video seks bakal mendapat perhatian di kalangan perwakilan, walaupun pemimpin parti itu termasuk Mursyidul Am (Datuk Nik Aziz Nik Mat) mereka mempertahankan Anwar namun masih terdapat kesangsian di kalangan mereka.

“Penyebaran video seks secara meluas kebelakangan ini telah menimbulkan perasaan gusar di kalangan pemimpin bawahan parti itu, mereka khuatir parti itu akan hilang sokongan terhadap apa yang berlaku,” katanya.

Menurutnya, walaupun pemimpin parti itu tetap mempertahankan Anwar, kesangsian rakyat terhadap isu itu tetap ada berikutan sikap Anwar yang dilihat banyak mendiamkan diri termasuk cabaran yang dibuat Datuk Syazril Eskay Abdullah, individu yang terbabit dalam pendedahan isu video seks itu.

“Peringkat awal dulu, mungkin penyokong parti itu boleh menerima apa yang berlaku itu adalah perbuatan UMNO tetapi selepas pengakuan Datuk Eskay perkara itu sudah berubah, sikap mendiamkan diri Anwar menimbulkan kesangsian mereka terhadap perkara itu.

“Dan sudah pasti, perwakilan akan menyurakan pandangan mereka mengenai perkara itu terutama membabitkan pendirian parti berhubung isumembabitkan Anwar,” katanya.

Samsul berkata, antara isu lain yang jadi perhatian ialah pendirian parti itu mengenai hubungan mereka dnegan DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang.

“Dalam beberapa perkara membabitkan pentadbiran di negeri yang mereka perintah, ada beberapa tindakan yang diambil tidak mendapat kesefahaman di kalangan ketiga-tiga parti itu.

“Contoh yang paling jelas ialah di Selangor dulu, apabila exco Pas membuat satu keputusan, namun perkara itu tidak dapat dilaksanakan kerana mendapat bangkangan daripada pemimpin DAP

“Begitu juga dengan apa yang berlaku di Kedah yang diterajui oleh Pas, banyak keputusan yang dibuat tidak disokong oleh rakan sekutu mereka, malah bukan sahaja di peringkat negeri malah turut membabitkan pemimpin pusat,” katanya.

Tegasnya, muktmar kali adalah medan terbaik untuk pucuk pimpinan parti itu memberi penjelasan sebenar mengenai parti itu kerana sebarang keputusan yang dibuat memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada mereka terutama dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13 yang akan diadakan tidak berapa lama lagi. – MediaUMNO.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement