Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pilihan Raya `Olok-Olok’: Persiapan UMNO Hadapi PRU13 Minimize
Location: BlogsBuletin JeliTerkini umno-online    
Posted by: umnojeli_admin 01 Jun 2011

Kuala Lumpur, 31 Mei- Simulasi pilihan raya atau pilihan raya `olok-olok’ sebagaimana yang diarahkan Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini, merupakan satu amalan biasa UMNO sebagai persiapan parti dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak, ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Katanya, program ini dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan akan bermula bulan Jun ini manakala Ahli-Ahli Majlis Tertinggi yang menjadi bapa angkat UMNO Bahagian di seluruh negara akan diberi peranan memantau dan melatih serta melihat  sendiri simulasi pilihan raya ini.

“Ada pihak-pihak yang mendakwa, bahawa tindakan UMNO mengadakan simulasi pilihan raya ini sebagai tanda besar bahawa PRU dah semakin hampir namun PRU 13 ini boleh diadakan pada 2013 atau 2012,” ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Biro Publisiti BN.

Jelasnya, dari pengamatan beliau,  apa yang dilakukan pucuk pimpinan ini bertujuan untuk menyediakan jentera parti menghadapi apa juga kemungkinan dan ia juga boleh disifatkan sebagai latihan menjelang PRU, malah sudah menjadi trend sebelum ini pun, UMNO dan BN mengadakan pilihan raya `olok-olok’ sebelum PRU11 dan PRU 12 yang lalu.

“Simulasi ini diadakan di semua negeri, namun negeri yang dikuasai kerajaan pakatan pembangkang, kerja keras dan tumpuan yang lebih akan diberikan bagi memastikan usaha untuk merampas kembali negeri-negeri tersebut dari tangan mereka.

“Namun apa yang penting kini, UMNO harus bekerja keras untuk memastikan pembelaan sewajarnya diberikan kepada rakyat khususnya orang-orang Melayu,” ujarnya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di PWTC. – MediaUMNO

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement