Adnan pengerusikan mesyuarat,semalam dekat sini.
AIR MERBO,1 JUN 2011 - Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga dekat sini malam semalam bermesyuarat membincangkan program Taqarrub serentak yang akan dijayakan petang nanti di seluruh DUN di parlimen Jeli.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pentadbir Mukim DUN Bukit Bunga, Adnan Hamid itu turut dihadiri Ketua Penerangan,Bakri Daud serta Pengerusi JKKKP di seluruh DUN Bukit Bunga.
Menurut Adnan,mesyuarat itu antara lain merupakan perbincangan terperinci bagi membuat kerahan untuk menjayakan program Taqarrub tersebut.
"Di DUN Bukit Bunga,11 peti undi dipilih bagi menjayakannya antaranya Tok Che Dol,Air Asahan,Jakar,Lawang,Air Chanal dan lain-lain tempat,jadi kita jemput penduduk sekitar supaya dapat hadir berama-ramai"katanya.
Mesyuarat pada masa yang sama turut membincangkan persiapan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli yang akan dilaksanakan pada 3 Jun ini,jam 9 pagi di Kompleks UMNO Bahagian Jeli.
"Jadi, kita jemput semua ahli-ahli UMNO di DUN Bukit Bunga supaya dapat hadir ke mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian nanti yang mana dijangka dirasmikan oleh Naib Presiden UMNO, Dato' Sri Shafie Afdal,"katanya lagi.