KULIM, 30 Mei – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam
berkata selaku “bapa angkat” kepada Umno bahagian Kulim/Bandar Baharu,
beliau berpuas hati dengan persiapan bahagian itu bagi menghadapi
pilihan raya umum ke-13 nanti.
Beliau berkata, berpandukan kepada kajian dan maklumat daripada
pengerusi-pengerusi jawatankuasa pengurusan pada perjumpaan dengan tiga
sayap parti itu di sini hari ini, Mohd Ali menjangka kawasan Parlimen
dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kulim dan Bandar
Baharu akan dapat ditawan semula oleh Barisan Nasional.
“Berdasarkan kepada perpaduan erat ahli–ahli jawatankuasa sama ada
peringkat bahagian atau cawangan serta tiada krisis dalaman parti
menjadikan saya begitu
optimis kerana itu merupakan satu lagi kekuatan demi memenangi semula
kawasan yang sebelum PRU 12 adalah kubu kuat BN,” katanya kepada
pemberita selepas
menghadiri majlis taklimat pra pilihan raya ke-13 di sini hari ini.
Mohd Ali berkata Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu sudah menetapkan
beberapa program yang memberi tumpuan kepada pertalian yang konsisten
dengan akar umbi
dan rakyat di kawasan luar bandar.