To' Pa turun padang tinjau perjalanan projek.
BERDANG,29 MEI 2011 - Projek pembinaan jambatan dan jalan yang akan menghubungan Sungai Rual Melayu dan perkampungan Orang Asli di Sungai Rual berjalan lancar dan membanggakan.
Tinjauan Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed ke kawasan projek berkenaan mendapati kerja-kerja pembinaan sedang giat dilaksanakan oleh kontrakttor yang dilantik.
Lebih seminggu lalu,kerja-kerja pemasangan jambatan giat digerakkan kontraktor merentasi Sungai Pergau.
Kesukaran penduduk sebelum ini yang terpaksa menyeberangi sungai akan apabila jambatan konkrit dan jalan tersebut akan siap dibina dalam masa terdekat.
Bagi penduduk sekitar,siap kelak jalan berkenaan harga tanah di kawasan berkenaan akan melambung tinggi harganya dan inilah faedah yang dibawa menerusi kerajaan Barisan Nasional (BN) pada hari ini.
Pentadbir Mukim Ayer Lanas, Shamsuddin Ismail berkata,kemudahan itu nanti akan beri faedah kepada penduduk terutamanya kepada mereka yang mempunyai kebun di seberang Sungai Pergau.
"Hasil-hasil getah terutamanya dapat dibawa dengan mudah selain keselamatan yang terjamin ketika berulang-alik menggunakan jambatan tersebut pada musim tengkujuh,"katanya.