Minah gembira dapat rumah baru.
TELAGA BIJIH,29 MEI 2011 - Mangsa kebakaran dekat sini 9 Februari lalu yang mendapat perhatian Ahli Parlimen Jeli,Dato' Sri Mustapa Mohamed sebelum ini kini menduduki rumah baru.
Atas keprihatinan kerajaan persekutuan menerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) keluarga Zakaria Taib,75 kini hidup selesa di rumah baru tiga bilik yang diusahakan To Pa.
Isterinya,Minah Senik ketika ditemui bersyukur dan gembira dengan rumah baru yang diduduki kini.
Menurutnya,rumah baru ini sangat selesa dan sempurna untuk kami sekeluarga menjalani kehidupan seperti sediakala.
"Kerajaan hari ini sangat cakna dan mengambil berat nasib yang menimpa kami sekeluarga,terima kasih To Pa,"katanya.
Dalam pada itu,Pentadbir Mukim,Adnan Hamid berkata, rumah baru yang dibina ini dianggarkan berjumlah RM 33 ribu.
"Tiga bilik lengkap dengan tandas dan bekalan elektrik sangat berharga untuk mereka sekeluarga.
"Saya gembira bila melihat mereka sekeluarga dapat hidup seperti sediakala,"katanya lagi.