Bakri pengerusikan mesyuarat penerangan di Bukit Nangka,semalam.
BUKIT NANGKA,26 MEI 2011 - Penerangan UMNO Bahagian Jeli akan menjalankan program Taqarrub serentak di 29 peti undi di parlimen Jeli pada 1 Jun ini.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jeli, Bakri Daud berkata,program tersebut akan dijalankan antara Maghrib dan Isyak di semua tempat berkenaan.
Menurutnya, sebelum ini Penerangan Jeli telah pun melaksanakan program sedemikan di peringkat cawangan dan Jun ini tumpuan peringkat peti undi akan ditekankan supaya ianya lebih berimpak.
"Penerangan Jeli turut merancang dan akan merangka beberapa lagi program yang tersusun dan terancang sebagai persediaan untuk menghadapi PRU 13 nanti.
"Usaha ini akan ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya kita dapat menangkis dakyah jahat yang menghasut akar umbi memecahbelahkan keharmonian yang telah sekian lama wujud,"katanya.