Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Johan Nasihat Ahli Parlimen Hulu Langat Muhasabah Diri Minimize
Location: BlogsBuletin JeliTerkini umno-online    
Posted by: umnojeli_admin 25 Mei 2011
HULU LANGAT, 25 Mei – Negara masih lagi terkejut dan diselubungi rasa sedih dengan tragedi tanah runtuh di Hulu Langat yang meragut nyawa 16 anak-anak yatim Al Taqwa namun sayangnya, parti pembangkang seperti sudah hilang pertimbangan hingga sanggup mempolitikkan apa jua isu termasuk bencana alam yang meragut nyawa.

Terbaru, Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat menuduh kononnya UMNO mahu tunjuk hero kerana mendakwa penyelaras Pas bagi Dun Dusun Tua, Mohd Jan Sulung bersama beberapa rakannya adalah di antara orang terawal tiba dan berjaya mengeluarkan mangsa pertama jam 3.15 petang.

Mereka mendakwa tiba kira-kira jam 3.30 petang kemudiannya turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal Pas dengan kehadiran pihak bomba.

Che Rosli turut mendakwa kononnya Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz hanya tiba pada pukul 4.00 petang dan tidak dibenarkan masuk.

Beliau turut melahirkan rasa kesal kerana pihak polis tidak menyebut bantuan yang dihulurkan oleh Unit Amal dan Briged Amal Pas seolah-olah tidak menghargai jasa mereka.

Johan ketika dihubungi oleh UMNO-Online berkata, sekiranya Pas mahu bukti, tanyalah OCPD Kajang siapa yang menghubungi pihak polis untuk meminta bantuan dan siapa yang menguruskan jentera jengkaut yang digunakan sepanjang operasi membantu mangsa.

“Saya tidak faham mengapa dia mahu menuduh UMNO begitu sedangkan apa yang kita lakukan adalah kerana rasa kemanusiaan dan tiada langsung untuk kepentingan politik. Sekiranya saya tidak buat kerja, macamana jentera tersebut berada di tempat kejadian kerana saya yang  menguruskan hal itu.

“Saya nak tanya dia, nampak tak mesin jentera tu kat atas?  Dia tahu tak siapa yang uruskan perkara tu? Demi Allah, saya tidak tidur sehingga keesokan harinya kerana terus ke bilik mayat menguruskan jenazah. Sebab itu saya tidak berada di kawasan perkuburan”, katanya di sini.

Malah beliau memberitahu pihak UMMO Selangor turut menyumbang bantuan berbentuk wang ringgit bagi urusan pengurusan jenazah.

“Kita tidak heboh pasal hal ini sebab ini adalah bantuan ikhlas kita kepada mangsa dan kita tidak pernah menuduh Pas tidak hadir ditempat kejadian.

“Saya nampak dia (Penyelaras Pas)  datang tetapi hanya berdiri di bawah dan bila hujan lebat dia menghilangkan diri. Sedangkan saya, Datuk Noh Omar dan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bertungkus lumus menghulurkan bantuan dalam hujan lebat,” ujarnya.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen tersebut kerana mengambil kesempatan di atas apa yang telah terjadi untuk memburukkan UMNO.

“Sepatutnya sebagai seorang yang memperjuangkan agama Islam, dia harus tahu bahawa tidak perlu pukul canang dan berlumba siapa yang menghulurkan bantuan lebih.

“Tak kesian ke dengan waris mangsa yang masih bersedih? Kita pula sibuk tuduh menuduh siapa yang bantu lebih. Kita seharusnya fikir apa yang patut kita bantu kepada mangsa yang masih hidup. Sekiranya dia menasihatkan UMNO agar jangan tunjuk hero, saya pula hendak menasihatkan dia agar bermuhasabah diri. Adakah bantuan yang dia hulurkan itu ikhlas atau sekadar ingin nama,” katanya.

Johan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, turut mengulas bahawa beliau bersama sama ADUN Dusun Tua, Tuan Ismail Sani telahpun mendapatkan kelulusan untuk menempatkan kesemua anak-anak yatim ini di Yadim.

“Kini kita sedang menguruskan untuk memindahkan mereka ke sana”, ujarnya. -MediaUMNO

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement