Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Idham Niat Jahat Untuk Adu Dombakan BN – Hamidah Minimize
Location: BlogsBuletin JeliTerkini umno-online    
Posted by: umnojeli_admin 25 Mei 2011

KUALA LUMPUR, 25 Mei – Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim perlu memahami apa yang dimaksudkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukannya membuat kenyataan sesuka hati.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Malaysia, Datuk Hamidah Osman berkata apa yang dinyatakan Idham tersasar dan dengan sengaja bertujuan  memecah belahkan hubungan baik UMNO dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang sudah lama terjalain sejak dahulu lagi.

“Idham dengan sengaja berniat jahat membangkitkan perkara itu bagi menimbulkan rasa kesangsian di kalangan parti-parti komponen terhadap UMNO.

“Sejak dari dahulu, UMNO bersama dengan parti-parti komponen sama ada ketika dalam Perikatan atau BN, UMNO tidak pernah menyatakan bahawa mereka mendapat sokongan kuat dari orang Melayu.

“Malah mengadakan kerjasama bersama dengan setiap parti komponen adalam apa jua perkara termasuk ketika menghadapi pilihan raya,” katanya kepada UMNO-online.

Menurutnya, kenyataan yang dibuat oleh Idham itu bukanlah pertama kali dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang terhadap BN, malah sebelum ini Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham pernah menyuarakan perkara yang sama dengan menggesa MCA keluar daripada BN.

Beliau berkata ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Idham yang mengesa UMNO keluar daripada BN jika merasakan parti itu mendapat sokongan kuat dari orang Melayu sebagai membalas cabaran Zahid terhadap DAP.

Zahid membuat cabaran kepada DAP selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan bahawa parti itu tidak akan bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum di negeri-negeri diperintah pakatan pembangkang jika kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tahun ini.

Hamidah berkata, apa yang berlaku membuktikan bahawa pakatan pembangkang memang sengaja untuk mengadu dombakan keharmonian parti-parti komponen BN berbanding dengan permasalahan yang sering berlaku dalam pakatan pembangkang.

“Tidak dinafikan dalam BN ada berlaku ketidak kesefahaman dalam beberapa perkara tetapi semua itu dalam diselesaikan dengan baik berbanding apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang yang sering didominasikan oleh DAP,” katanya.

Hamidah berkata, apa yang dinyatakan oleh Guan Eng itu bukti jelas DAP sememangnya mendominasikan pakatan pembangkang walaupun negeri itu diterajui oleh parti lain seperti Selangor. -MediaUMNO.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement