Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Sokongan Kaum India, Cina Petanda Positif BN Untuk Ambil Semula Kedah Minimize
Location: BlogsBuletin JeliTerkini umno-online    
Posted by: umnojeli_admin 24 Mei 2011
PADANG SERAI, 23 Mei – Keyakinan pengundi daripada kalangan keturunan India dan Cina di Kedah terhadap Barisan Nasional (BN) dilihat semakin meningkat dan ini merupakan petanda baik bagi BN untuk menawan semula Kedah daripada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata BN kini lebih optimis dan mendapat sokongan padu daripada para pemimpin parti komponen BN seperti MIC dan Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF).

“Berpandukan kepada kehadiran anggota-anggota dan penyokong parti IPF di sini hari ini, jelas mempamerkan semakin ramai khususnya warga berketurunanIndia beralih haluan menyokong kepimpinan BN,”  katanya selepas merasmikan Majlis Pesta Hiburan 2011 anjuran Parti IPF Padang Serai di sini hari ini

Hadir sama pada majlis yang disertai hampir 500 penyokong BN itu ialah Presiden IPF, M. Sambantan, Pengerusi IPF Kedah, S. Velu, Pengerusi Perhubungan MIC Kedah, S. Ananthan dan Penyelaras Parlimen Padang Serai Dr Chin Tung Leong.

Seramai 200 orang ibu tunggal dan warga emas pelbagai kaum dari sekitar kawasan Parlimen Padang Serai menerima sumbangan barang keperluan dapur di majlis itu.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement