Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Skuad Sayang Wanita Berkampung Bantu Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Minimize
Location: BlogsBuletin JeliTerkini umno-online    
Posted by: umnojeli_admin 24 Mei 2011

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Wanita UMNO melalui Skuad Sayang bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Madrasah Hidayah Al-Taqwa, Hulu Langat, malah menempatkan anggotanya di kawasan berkenaan

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tugas anggota Skuad Sayang yang ditempatkan di situ diberi tanggungjawab memberi bantuan kebajikan seperti menyediakan makanan dan minuman untuk petugas-petugas serta anggota keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada anggota Skuad Sayang yang berada di tempat kejadian sejak dari hari kejadian sehingga ke hari ini untuk memberi bantuan yang diperlukan terutama kepada petugas dan pasukan keselamatan yang berada di kawasan berkenaan.

“Ini antara sumbangan kecil yang dilakukan oleh Skuad Sayang kepada masyarakat dan mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira tempat dan keadaan,” katanya selepas selepas mengiringi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Norainee Abdul Rahman melawat mangsa tanah runtuh di Hopital Ampang.

Menurutnya, anggota Skuad Sayang akan berada di kawasan berkenaan sehingga oprasi pembersihan di kawasan tragedi ditamatkan dan anggota yang bertugas akan bekerja mengikut syif yang ditetapkan.

“Kira-kira 300 anggota Skuad Sayang dari seluruh Selangor terbabit dalam melakukan kerja-kerja kebajikan ini dan saya mengucapkan tahniah kepada mereka di atas sumbangan yang diberikan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata kementeriannya akan memberikan bantuan sebanyak RM1,500 kepada semua mangsa tragedi.

“Ketika melawat mangsa tadi, Skuad Sayang turut memberi sumbangan kepada mereka dan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan memberikan sumbangan sebanyak RM300 kepada setiap mangsa..

“Pihak kementerian juga akan turut menyediakan pakar kaunseling kepada mangsa dan keluarga terbabit yang mungkin mengalami trauma berikutan kejadian yang berlaku itu,” katanya. -MediaUMNO.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement