Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 100 Ahli Puteri Islam Berkumpul Bersihkan Masjid Bandar Jeli Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 21 Mei 2011

jom.jpg
Datin Sri Khamarzan Ahmed Meah bergambar dengan ahli pergerakan Puteri Islam Jeli.


BANDAR JELI, 21 MEI 2011 - Amalan gotong royong adalah aktiviti mulia selain memupuk semangat cintakan kebersihan di kalangan rakyat.

Selain berupaya menyelesaikan pelbagai masalah masyarakat setempat ianya dilihat platform menyatupadukan rakyat ke arah satu perpaduan kukuh.

Impak berkesan digunakan sebaik Pergerakan Puteri Islam Daerah Jeli apabila 100 ahlinya hadir menjayakan program Jom Bersih Masjid di Masjid Bandar Jeli.

Penganjuran program gotong royong membersihkan masjid itu turut meriah apabila Pengerusi Pergerakan Puteri Islam Negeri Kelantan, Datin Khamarzan Ahmed Meah hadir menjayakan program.

Imam Masjid Bandar Jeli, Khairul Azizi Mokhtar berkata, kerja gotong royong ini mereka dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk melakukan pembersihan kolam wuduk, mencuci karpet di dalam masjid dan membersih kawasan persekitaran masjid.

Menerusinya, ia bukan sahaja boleh mewujudkan sikap bertanggungjawab dikalangan masyarakat tetapi dapat menerapkan nilai-nilai dakwah.

Peserta program, Norjuliana Mayiddin,15 berkata,persekitaran masjid ini perlu dibersihkan selalu, kita perlu memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan bersih, seronok mata memandang.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement