Orang ramai dijemput hadir menjayakan program gotong royong di Pondok Moden 27 Mei ini.
JENUB,22 MEI 2011 - Orang ramai dijemput hadir ke Pondok Moden dekat sini jam 9 pagi,Jumaat ini bagi menjayakan program gotong royong membersihkan kawasan sekitar pondok.
Pengurus Pondok Moden,Ismail Jusoh berkata,program yang dianjurkan itu adalah antara usaha bagi mencantikkan lagi persekitaran Pondok Moden.
Menurutnya, usaha ini sekaligus akan menceriakan lagi kawasan Pondok Moden yang mana ketika ini kerja-kerja penambahbaikan kemudahan sedia ada sedang giat dilaksanakan.
"Namun tujuan utama yang kita mahu tekankan ialah supaya Pondok Moden ini dapat diimarahkan masyarakat Jeli selain mengeratkan hubungan silaturrahim yang ada.
"Jadi, kita harap orang ramai kawasan sekitar dapat hadir beramai-ramai menjayakan program ini,"katanya.