Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pemuda Lumpuh Dapat Perhatian To Pa Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 23 Mei 2011

Kerusi Roda.jpg
Dato'Irwan menyampaikan kerusi roda kepada Wan Zulzilah.


JAKAR,23 MEI 2011 - Seorang pemuda lumpuh, Wan Zulzilah Wan Ahmad,39 terharu apabila menerima sumbangan kerusi roda sumbangan ikhlas Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed dekat sini.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Irwan Mansor mewakili To Pa itu dijayakan dalam ziarahnya ke parlimen Jeli.

Zulzilah ketika ditemui bersyukur kerana sumbangan kerusi roda itu dapat mengurangkan beban keluarganya yang sentiasa membantunya untuk bergerak.

"Saya terharu dapat kerusi roda baru ini kerana sekian lama, ada juga orang yang bersimpati dan menghulurkan bantuan untuk saya," katanya yang lumpuh setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya sebelum ini.

Menurut Zulzilah,pergerakannya selama ini agak terbatas namun, dengan adanya kerusi roda ini bolehlah membantu saya bergerak tanpa terlalu bergantung kepada keluarga.

"Terima kasih kepada To Pa kerana memberi kerusi roda untuk saya,"katanya yang mengakui kesukaran hidup sejak lumpuh 13 tahun lalu.

Hadir sama ke majlis penyampaian ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari,Pentadbir Mukim Bukit Bunga,Adnan Hamid dan kepimpinan UMNO Bahagian Jeli.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement