Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Semua Ahli MT UMNO Diminta Kemuka Laporan Pemantauan Bahagian Minimize
Location: BlogsBuletin JeliTerkini umno-online    
Posted by: umnojeli_admin 21 Mei 2011

PUTRAJAYA 21 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Jawatankuasa Pengurusan UMNO mengarahkan semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) yang menjadi ‘bapa angkat’ kepada 191 bahagian UMNO supaya menyerahkan laporan pemantauan mereka untuk dianalisis Ibu Pejabat parti.

Jelasnya surat pekeliling mengenainya telah dikeluarkan hasil mesyuarat jawatankuasa itu semalam yang dipengerusikan Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut beliau, ia sebagai langkah persediaan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

“Kita minta ahli-ahli MT yang jaga bahagian-bahagian ini menyediakan laporan situasi bahagian yang dipantau.

“Ini meliputi janji-janji yang telah dibuat ketua bahagian kepada penduduk di bahagian masing-masing.

“Selepas laporan dihantar ke Ibu Pejabat, kita akan buat analisis. Kalau ada kekurangan, kita akan lihat di mana lompangnya…antaranya bolehkah dirujuk kepada sektor tertentu dan dari segi parti, kalau masih ada percakaran dalam bahagian terbabit, kita akan panggil pihak berkenaan. Ini semua sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya di sini, hari ini.

Mengenai persediaan Barisan Nasional (BN) menghadapi PRU Ke-13, Tengku Adnan berkata, kesemua parti komponen perlu memberi tumpuan kepada isu sebenar iaitu masalah rakyat yang berkaitan himpitan kenaikan harga barang.

“PKR ke, Anwar Ibrahim ke, ia bukan isu pokok, yang utama sekali ialah masalah rakyat seharian iaitu kenaikan harga bahan api. Inilah cabaran kita yang sebenar,” katanya.

Dalam pada itu, kata beliau, UMNO yang mempunyai 3.5 juta ahli sedang giat mendaftarkan baki 400,000 ahlinya sebagai pengundi.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement