Bakri(kedua kanan) mempengerusikan mesyuarat,semalam.
BUKIT NANGKA,19 MEI 2011 - Penerangan UMNO Bahagian Jeli merancang menjayakan program Taqarrub serentak di parlimen Jeli dalam masa terdekat.
Ketua Penerangannya, Bakri Daud berkata,program itu nanti antara lain berobjektifkan memberi penerangan dan menjelaskan kekeliruan pelbagai isu yang timbul kepada akar umbi.
Menurutnya,usaha yang akan dilaksanakan itu dilihat mampu memberi keberkesanan bagi mematahkan dakyah songsang parti Pas.
"Tumpuan di ketiga-tiga DUN parlimen Jeli ini bukan sahaja langkah dan persediaan awal untuk PRU 13 nanti tetapi pada masa yang sama persoalan-persoalan yang timbul di kalangan akar umbi dapat diterangkan dengan baik.
"Program membabitkan peringkat cawangan ini sangat berkesan kepada golongan sasar jadi tumpuan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa supaya program sebegini tidak putus,"katanya ketika mempengerusikan mesyuarat di Kompleks UMNO Bahagian Jeli di Bukit Nangka.
Hadir sama Pegawai Penerangan di ketiga-tiga DUN parlimen Jeli babitkan Bukit Bunga, Ayer Lanas dan Kuala Balah.