Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 105 Pelajar Cemerlang SPM Terima Surat Tawaran IPTA Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 18 Mei 2011

taWARAN.jpg
Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Jeli, Roslan Mohamed menyampaikan surat tawaran kepada pelajar cemerlang di Kompleks UMNO Bahagian Jeli.


BUKIT NANGKA,18 MEI 2011 - Seramai 105 orang pelajar cemerlang parlimen Jeli lepasan SPM yang diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menerima surat tawaran kemasukan ke UiTM.

Kebanyakkan mereka cukup bertuah apabila turut berpeluang menimba ilmu di negeri sendiri di UiTM Machang dalam pelbagai bidang pengajian.

Kegembiraan diterima masuk ke IPTA turut disambut syukur mereka apabila mendapat tawaran PTPTN dan diberi wang pendahuluan sebanyak RM 1,500 setiap seorang.

Majlis yang diadakan di Kompelks UMNO Bahagian Jeli itu dihadiri Pegawan Kanan PTPTN,Tuan Din dan wakil dari UiTM Machang,Kelantan En Ridzuan.

Pelajar,N0rsyamimi Abu Bakar berkata,dia cukup gembira dan bersyukur kerana diterima masuk sebagai pelajar universiti dalam bidang perakaunan.

Menurutnya,dia teruja untuk memasuki universiti setelah penat lelah belajar penuh tekun selain memenuhi hasrat ibu bapanya untuk melihat dia berada di mana-mana IPTA dalam negera.

"Terima kasih juga kepada To Pa yang banyak membantu persediaan saya sebelum ini dengan Kelas Celik IT yang disediakan di Darul Falah, saya kin sudah bersedia untuk berada di universiti,"katanya.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement