Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 SRS KRT Zon Barat Muncul Johan Pembarisan Kawad Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 17 Mei 2011

SRS Krt Bat u 11.jpg
SRS KRT Batu 11 bergambar selepas meraikan kejayaan mereka.


BATU 11,17 MEI 2011 - Skim Rondaan Sukarela (SRS) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Barat mencatat sejarah apabila muncul johan pembarisan kawad SRS KRT peringkat Negeri Kelantan buat kali pertama.

Pertandingan pembarisan kawad yang dijayakan di Stadium Mini,Pasir Mas itu membabitkan 10 kontinjen dari semua jajahan di Kelantan.

Kejayaan itu bertambah manis apabila mereka membawa pulang wang tunai RM 1,500 setelah tiga minggu berpenat lelah berlatih kawad di bawah bimbingan jurulatih Che Saidi Yusof.

Pengerusi KRT Zon Barat, Zahari Kechik berkata,kejayaan yang diraih itu merupakan gandingan dan kerjasama mantap semua ahli di zon barat untuk mencapai kejayaan.

Menurutnya,pencapaian membanggakan ini telah dipikul dengan baik dan penuh tanggungjawab oleh ahli di sini bagi mengharumkan nama zon ini.

"Penat lelah pasukan sebelum ini di kediaman Ahli APrlimen Jeli di Darul Falah akhirnya berbaloi hasil komitmen tinggi dan usaha yang tidak mengenal jemu para anggota SRS KRT terlibat.

"Selepas mengharungi latihan ketat selama dua minggu, kejayaan ini cukup bermakna buat pertama kali menyertai pertandingan pada tahun ini muncul juara," katanya.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement