Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Takziah Kepada Mustapa Mohamed Minimize
Location: BlogsBuletin JeliTerkini umno-online    
Posted by: umnojeli_admin 15 Mei 2011

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh warga Ibu Pejabat mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed atas kembalinya ke rahmatullah ibu beliau, Hajah Setawa Hj Mahmod.

Allahyarhamah meninggal dunia pukul 7.30 malam tadi di rumah adik Mustapa di Bachok Kelantan dalam usia 80 tahun.

Difahamkan, Allahyarhamah akan dikebumikan selepas solat Zuhur esok di Kampung Badak, Bachok.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan merangkap anggota Majlis Tertinggi UMNO berada di Doha, Qatar berikutan mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan lawatan ke sana.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarhamah dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah. -MediaUMNO

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement