Dato' Sri Mustapa Mohamed berbincang dengan Imam Masjid Jedok, Hamdan selepas solat Jumaat semalam.
JEDOK,14 MEI 2011 - Umat Islam disaran mengimarahkan masjid sepanjang masa dengan pengisian dan aktiviti berfaedah.
Sehubungan dengan itu program-program mengimarahkan masjid dengan melaksanakan aktiviti yang sesuai terutama mendekatkan anak-anak muda dengan institusi masjid cukup berimpak dalam membina generasi cemerlang dunia dan akhirat.
Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed berkata,masjid adalah tempat suci umat Islam dan ianya lambang perpaduan.
Menurutnya,masjid,madrasah merupakan institusi penting umat Islam dan rumah ibadat ini seharusnya di isi dengan pelbagai aktiviti.
"Program ceramah,tazkirah, majlis ilmu dan sebagainya bukan sahaja mampu mendidik dan membentuk masyarakat bahkan ruang mendekatkan masyarakat dengan masjid,"katanya selepas meninjau penambahbaikan Masjid Jedok dekat sini, Jumaat lalu.
Sejumlah RM 45,000 disalurkan kerajaan pusat bagi melebarkan ruang solat perempuan di masjid berkenaan dan ketika ini kerja-kerja sedang dilaksanakan dengan baik sekali.
Dalam lawatannya itu, Mustapa bersyukur dan gembira pelebaran masjid itu akan memberi keselesaan kepada penduduk Jedok sama ada dalam menunaikan solat berjemaah mahupun mengadakan pelbagai aktiviti .