KUANTAN, 14 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd
Yassin menyifatkan kenyataan Mursyidul Am Pas Nik Aziz Nik Mat sebagai
satu lagi fatwa baru yang dibuat berdasarkan kepentingan politik
semata-mata.
“Dia sudah biasa begitu dengan menjawab lebih kepada politik dan
bukan ikut hukum yang ada sedangkan ramai pihak yang nak tahu apa yang
berlaku berkaitan dengan video seks terbabit.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program bersama
warga pendidik dan himpunan badan-badan bukan kerajaan di Bahagian
Teknologi Pendidikan Pahang, Kuantan, hari ini.
Sebelum ini Nik Aziz telah melabelkan sesiapa yang mengaitkan Datuk
Seri Anwar Ibrahim dengan video seks yang dikatakan mirip pemimpin
pembangkang itu sebagai tidak akan masuk syurga.
“Sebab itulah pihak berkuasa melakukan siasatan untuk mendapatkan
fakta yang sebenarnya sedangkan penting. Ini soal hukum dan semua orang
Islam tahu tentang hokum tetapi apa yang penting utk selesai dengan
hak. Nyatakan yg benar walaupun ia pahit. Jadi penting bagi kita untuk
jelaskan hal ini. Kerajaan tidak eksploitasi untuk kepentingan politik,”
tegas beliau.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran turut memaklumkan berkaitan usaha
untuk meningkat kualiti pendidikan di negara ini yang jika dilihat
secara keseluruhan menunjukkan tahap pendidikan anak-anak telah
meningkat.
“Pendididkan adalah suatu yang amat penting untuk diri, keluarga dan
Negara malahan kemajuan negara berkait rapat dengan pendidikan.
“Waktu mula-mula merdeka, lebih 60 peratus masyarakat berada dalam
kemiskinan tapi kerajaan Barisan Nasional telah beri tumpuan penuh
kepada pndidikan, prasarana dibina, pendidik yang baik dengan
sokongan-sokongan lain dan hasilnya kita lihat negara dapat catat
kemajuan berganda,” katanya.
Turut hadir bersama beliau ialah Menteri Dalam Negeri yang juga Naib
Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Menteri Besar Pahang,
Datuk Seri Adnan Yaakob dan juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri K.Devamani. – MediaUMNO