Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Kerajaan Tunai Janji PRK Kerdau, Tingkatkan Kepercayaan Rakyat Kepada BN Minimize
Location: BlogsBuletin JeliTerkini umno-online    
Posted by: umnojeli_admin 14 Mei 2011
KUANTAN, 14 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, setelah hampir tiga bulan menjawat jawatan sebagai ADUN Kerdau, beliau berasa amat bersyukur kerana rakyat terus memberi kepercayaan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, kepercayaan rakyat ini memberikan semangat dan motivasi kepadanya untuk terus bekerja keras supaya hasrat rakyat tercapai.

“Saya juga telah mengatur beberapa program yang sehingga kini mendapat sambutan baik dari penduduk setempat.

“Di antara program yag telah diwujudkan adalah Belia cinta Negara. Program ini khas untuk golongan belia. Kita juga telah membuat program dakwah untuk penduduk Kerdau. Selain itu, Program rumah bahagia juga adalah diantara program yang mendapat sambutan baik rakyat. Ini kerana isu masalah rumah adalah isu yang sering menjadi keluhan masyarakat.

“Oleh itu, saya telah membentuk satu jawatankuasa khas yang diberi nama Program Rumah Bahagia dan melalui program ini kita cuba selesaikan isu berkaitan. Sebenarnya, semua program yang diatur adalah persediaan bagi penghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan kepercayaan rakyat kepada kita dan saya pasti rakyat semakin mempercayai pemerintahan BN dan UMNO kerana saya tidak mendengar rungutan orang ramai. Apa yang kini menjadi topik perbualan rakyat di sini adalah perkembangan program dan juga janji-janji semasa PRK yang lalu yang sedang dilaksanakan,” katanya.

Beliau menerangkan, usaha kerajaan menunaikan semua janji-janji PRK lalu secara tidak langsung menyemarakkan kepercayaan rakyat dan meningkatkan jumlah pengundi baru.

“Saya yakin, dengan perkembangan positif ini, kita mampu mengekalkan penguasaan BN di sini malah meningkatkan jumlah majoriti, Ujarnya kepada UMNO-Online. – MediaUMNO

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement