Masjid Kg Lawar kini selesa dan cantik.
LAWAR,10 MEI 2011 – Madrasah Kampung Lawar kini cantik dan selesa untuk penduduk datang menunaikan ibadah apabila projek baik pulih dan penambahbaikan sedia ada sudah siap.
Penambahbaikan dengan kos RM 30 ribu itu menjadikan suasana madrasah kampung berkenaan lebih kondusif serta selesa dan sudah pastinya akan menarik lebih ramai penduduk untuk berjemaah.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Pendok, Tarmizai Ismail berkata,kerja-kerja baikpulih telah siap bulan Februari lalu.
Menurutnya, penduduk kampung Lawar amat bertuah sekali kerana mempunyai pemimpin yang sangat mengambil berat soal kemudahan beribadah di sini.
"Selain peruntukan yang diusahakan To Pa bagi menambaik baik kemudaha sedia ada, Kesedar juga turut membantu dalam menyediakan kemudahan yang terdapat di madrasah ini.
“Di samping itu, kemudahan yang kini cukup selesa dan luas turut memberi manfaat kepada kelas Al-Quran Dewasa dan mesyuarat AIM setiap minggu di sini,ianya cukup dihargai mereka,"katanya.