
PENGKALAN LUBOK NIBONG 01 Okt 2006 - Kesulitan penduduk di Kg. Tunku Abdul Rahman Putra untuk menyeberangi Sungai Pergau bagi menjalankan kegiatan pertanian kerana ketiadaan jambatan mendapat perhatian Dato' Pa.
Sehubungan dengan itu, Dato' Pa dan YB Aziz Derashid telah meninjau tapak cadangan untuk membina sebuah jambatan tersebut di kawasan Bukit Nibong, yang terletak berhampiran kampung berkenaan.
Pada masa ini penduduk terpaksa menggunakan kemudahan sampan untuk menyeberangi sungai itu ke kawasan pertanian setiap hari.