Carian  
07 Februari 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Baru Jawatan Bayang-bayang Pembangkang Sudah Bercelaru Minimize
Location: BlogsBuletin JeliTerkini umno-online    
Posted by: umnojeli_admin 10 Mei 2011

KUALA LUMPUR 9 Mei – Pertelingkahan berhubung barisan kabinet bayangan pakatan pembangkang di Sarawak antara DAP dan PKR membuktikan kedua-dua parti itu tidak mempunyai persefahaman.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan apa yang berlaku itu bukan perkara baru mengenai ketidak persefahaman di kalangan parti-parti terbabit walaupun perkara itu dinafikan oleh pemimpin mereka.

“Macam mana nak jadi pemerintah, belum apa-apa sudah tunjukkan tiada kesepakatan, itu baru nak buat kabinet bayangan, belum lagi jika mereka ada kuasa, macam-macam cerita boleh kita dengar.

“Apa yang berlaku itu membuktikan pakatan pembangkang sebenarnya dikuasai oleh DAP terutama dalam menentukan jawatan-jawatan penting dalam pakatan pembangkang,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pertelingkahan yang berlaku membabitkan pemimpin DAP dan PKR Sarawak dalam menentukan porfotlio kabinet bayangan pakatan pembangkang.

Ahad lalu, Ketua PKR Sarawak, Bian Baru menyatakan PKR Sarawak tidak bersetuju dengan barisan kabinet bayangan yang dimumkan oleh DAP kerana dilakukan tanpa perundingan dan persetujuan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun kenyataan itu dinafikan oleh Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang menyatakan bahawa pengumuman yang dibuat itu adalah selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan wakil PKR.

Shamsul yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong seterusnya berkata, seperti diketahui umum, pakatan pembangkang sebenarnya didominasikan oleh DAP, walaupun Ketua Pembangkang daripada pemimpin PKR.

“Masalah ini bukan cerita baru, Anwar Ibrahim tidak punyai kuasa walaupun dia ketua pembangkang.  Anwar hanya mengikut telunjuk DAP, sebab itu kita lihat DAP memegang portfolio penting di Selangor dan Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, ketidak kesefahaman di kalangan pakatan pembangkang akan berterusan sehingga pilihan raya umum ke 13 terutama apabila membabitkan pembahagian kerusi yang bakal dipertandingakan pada pilihan raya akan datang. -MediaUMNO.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement