Sebahagian pelajar yang mengikuti program baru-baru ini.
JELI,7 MEI 2011 - Empower program pembangunan Modal Insan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dengan khidmat bersama pertubuhan kemajuan sosial Malaysia (PKSM) melancarkan satu kursus kemahiran keusahawanan Jeli dalam usaha melahirkan individu yang dinamik.
Penyelaras projek , S. Tamil Selvam berkata, program kemahiran empower hanya untuk mereka yang berada di parlimen Jeli bermatlamat tingkatkan pendapatan, kemahiran bagi langkah memulakan perniagaan sendiri.
“ Ianya adalah percuma untuk mereka berumur 18 tahun ke atas, kursus percuma ini adalah bagi membantu mereka yang datang dari golongan kurang kemampuan untuk mereka membangunan diri dengan menyertai kursus kemahiran yang dilanncarkan.
“Saya amat berterima kasih kepada Ahli Parlimen Jeli, Dato' Sri Mustapa Mohamed yang banyak memberikan semangat dan kerjasama dalam melancarkan lagi program yang bakal dijayakan ini,” katanya pada bengkel Creative Writing pelajar Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) parlimen Jeli.
Menurutnya, antara kursus yang disediakan adalah persolekan dan ndaman pengantin, kursus pembuatan kek, masakkan 1Malaysia, jahitan dan rekaan, keusahawanan pertanian, kursus pendadanan rambut.
“Mereka yang lepasan sekolah, universiti,kolej dan ibu serta bapa tungal perlu mengambil peluang ini sebagai ilmu kemahiran tambahan untuk menjana pendapatan sampingan untuk tingkatkan ekonomi keluarga.
“Mereka yang sedang bekerja tetapi ingin memajukan diri dalam kerjaya dan perniagaan amat diperlukan kerana kita mahukan peserta yang bersemangat dan bermotivasi tinggi untuk berjaya,” katanya.
Beliau berkata, dengan kemudahan yang ditawarkan ini masyarakat di parlimen Jeli akan lebih berdaya saing melalui kemahiran yang lebih dinamik dengan mengikuti bidang kemahiran yang diminati.