Carian  
19 Mei 2012 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 “Patah Tumbuh Hilang Berganti...” Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Umum    
Posted by: umnojeli_admin 31 Julai 2007

Perpisahan_1.jpg

Penyerahan Tongkat Kebesaran oleh Lef. Kol. Nazlee kepada Lef. Kol. Amirudin sebagai penyerahan kuasa

 

BATU SEBELAS 30 Julai 2007 – Majlis perpisahan dan menyambut pegawai memerintah baru Kem 301 telah diadakan secara besar-besaran di Kem Askar Wataniah 301 disini semalam.

 

Majlis yang diadakan pada hari ini adalah majlis rasmi sempena pertukaran Pegawai Memerintah, Leftenan Kolonel Nazlee bin Alias dengan Pegawai Memerintah baru iaitu, Leftenan Kolonel Amirudin bin Dato’ Sulaiman.

 

Majlis dimulakan dengan perbarisan sekalian batalion yang terdiri daripada para pegawai dan juga anggota dan juga acara tabik hormat kepada pegawai memerintah baru dan lama serta acara penyerahan tongkat kebesaran oleh Pegawai Lef. Kol. Nazlee kepada Lef. Kol. Amirudin

 

Majlis pada hari ini merakamkan suasana sayu buat Lef. Kol. Nazlee dan juga sekalian batalion kerana terpaksa berpisah dan bertukar ke Ipoh, Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)

 

Sungguhpun begitu, bak kata pepatah "Patah tumbuh hilang berganti..." kerana sepanjang ketiadaan beliau, Kem 301 ini akan bernaung dibawah pimpinan baru yang akan diterajui oleh Leftenan Kolonel Amirudin bin Dato’ Sulaiman yang juga dilihat bakal membawa perubahan kelak.

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement