
TANAH MERAH 30 Sep 2006 - Majlis Berbuka Puasa yang melibatkan kakitangan kerajaan dan kepimpinan UMNO Bahagian Tanah Merah di Jajahan Tanah Merah meriah dengan kehadiran Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustapa Mohamed.
Majlis diadakan di kediaman Ketua Jajahan Tanah Merah, Encik Azamali Jamaluddin dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Datuk Hashim Safin, ADUN Kuala Balah, YB Aziz Derashid dan ketua-ketua jabatan masing-masing.
Sempena majlis berkenaan, Dato' Pa turut menyampaikan replika cek kepada wakil setiap jabatan kerajaan yang memperolehi peruntukan bagi melaksanakan projek penyelenggaraan bangunan kerajaan di jajahan itu.
Kerajaan pusat meluluskan peruntukan kira-kira RM 3.4 juta bagi melaksanakan 67 projek di 15 jabatan kerajaan pusat dan negeri.