Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 ”Kita Semua ni Selaku Anak Beranak Blako….” Minimize
Location: BlogsBuletin JeliHebahan    
Posted by: umnojeli_admin 27 Julai 2007

Jelira 89_1.jpg

Kanan-Ustaz Mohd Yaacob sedang memberikan ceramah (kiri-Abang Nor)

 

KOTA BHARU 26 Julai 2007 – Program Mingguan yang diadakan oleh UMNO Parlimen Jeli, Jelira Mesra semalam buat kali yang ke-89 telah diadakan di Hotel Sutera Inn dengan hadirinnya pada kali ini dari Petiundi Banggol Tok Che Dol.

 

"Kita semua ni selaku anak beranak blako, kalau ada yang tak puas hati bagitau…." begitulah kata-kata Setiausaha Peribadi Dato’ Mustapa Mohamed, Hj. Abd Halil Ibrahim (Abang Nor) kepada sekalian hadirin bagi meyakinkan mereka agar meluahkan segala permasalahan yang ada.

 

Menurut Abang Nor, Dato’ Pa mengamanatkan agar setiap majlis jelira mesra yang diadakan mestilah kesemua peserta berpuas hati sejajar dengan misi majlis bagi mencari permasalahan dan kekurangan yang mungkin ada di mukim masing-masing.

 

Majlis pada kali ini telah menjemput Ustaz Mohd Yaacob, penceramah bebas agar menerangkan apakah pandangan beliau tentang parti-parti politik di Malaysia ini dan perspektifnya dalam islam.

 

Menurut ustaz Mohd Yaacob, UMNO boleh dikatakan satu-satunya parti yang berjuang untuk memberikan hak kepada orang Melayu tidak sebagaimana parti-parti lain yang hanya bertopengkan agama sebagai perisai perjuangan mereka.

 

Majlis seterusnya diikuti pula ceramah daripada Ketua Unit Latihan Dalam Perkhidmatan  (LDP) En. Zulkifli Mohd Noor daripada Jabatan Pelajaran Malaysia serta pemberian sedikit sumbangan daripada Dato' Pa yang disampaikan oleh Abang Nor dan Penghulu Banggol Tok Che Dol, Rahim kepada peserta dan disudahi dengan majlis jamuan petang.

 

Jelira 89_2.jpg

Sesi brainstorming dengan peserta, hangat! (gambar kecil-Tok Penghulu menyampaikan sumbangan To' Pa)    

 

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement