
Masyarakat pribumi tidak disisihkan dan mereka turut sama diberi peluang untuk mendapatkan lesen
JELI 25 Julai 2007 – UMNO Parlimen Jeli semalam telah mengadakan satu "Bengkel Ujian Undang-Undang Jalan Raya" melibatkan kehadiran peserta daripada kalangan masyarakat setempat dan juga pribumi disini.
Bengkel selama satu hari itu adalah susulan daripada bengkel yang telah dijalankan pada 21 dan 22 Julai lepas, bertujuan sebagai persediaan istimewa bagi golongan masyarakat khususnya orang asli dalam mendapatkan lesen.
Menurut Ketua Unit Teori & Vokasional, En. Shamsudin Abd. Ghani, matlamat bengkel sebegini adalah untuk melihat kesemua calon-calon khas ini lulus dan berjaya dengan memberikan mereka keistimewaan yang unik ini dalam mendapatkan lesen.
Bengkel sehari yang diadakan ini akan disempurnakan dengan penyampaian lesen oleh Menteri Pengajian Tinggi selaku Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed pada 28 Julai nanti.