
Kiri berbaju biru-En Haikal telah diislamkan oleh imam Kem 301
BATU SEBELAS 23 julai 2007 – Baru-baru ini Kem 301 dengan penuh rasa berbesar hati telah menerima kehadiran seorang 'saudara baru' dari kalangan ahli kem, En Mohd Haikal Bin Abdullah.
Saudara Julius Peter (nama asal) dari Keningau Sabah ini katanya telah lama menaruh minat terhadap islam sejak berumur 12 tahun lagi setelah didedahkan oleh pakciknya yang beragama islam.
Menurutnya lagi, sejak dibawa oleh pakciknya ke Kampung Koran, sebuah perkampungan islam di Sabah, dia seolah-olah terpanggil untuk mendalami agama suci Allah ini dengan lebih mendalam lagi dan hasratnya telah dimakbulkan oleh Yang Esa setelah mendapat galakan daripada rakan sepasukan yang lain yang beragama islam setelah berada disini.
Kehadiran saudara Haikal Abdullah ini diraikan dengan penuh besar-besaran dan dialu-alukan oleh Pegawai Memerintah disini sendiri, Leftenan Kolonel Nazlee Alias dan seluruh Batalion Kem 301. Tahniah dan selamat datang diucapkan buat saudara Haikal semoga Allah memberkati beliau.