
BERDANG 20 Julai 2007 - Majlis Pelancaran Sukan Komuniti DUN Air Lanas telah diadakan di Padang Awam Kg Berdang. Pelancaran disempurnakan oleh YBhg. Ustaz Mohd Zahari Che Mahmood, Pengarah Jentera BN Dun Air Lanas.
Sebanyak 5 jenis sukan dipertandingkan iaiatu Futsal Lelaki ditandingi oleh 28 pasukan, Futsal Wanita dengan 11 pasukan, Bolajaring dengan 9 pasukan, Sepak Takraw dengan 23 regu dan Badminton dengan 11 pasukan yang terlibat. Pertambahan penyertaan peserta yang terlibat amat menggalakkan berbanding pada tahun 2006 yang lepas. Ini menunjukkan bahawa dengan promosi dan hebahan yang betul dan tepat, penyertaan peserta untuk Liga Sukan Komuniti akan bertambah dari setahun ke setahun.
Sebanyak 4 tempat telah dikenalpasti iaitu di Berdang untuk pelancaran, Padang Awam Air Lanas, Padang Awam Sungai Satan dan di Gemang sebagai upacara penutup. Majlis Penutup dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh ADUN Air Lanas yang juga Ahli Parlimen Jeli, YB. Dato’ Mustapa Mohamed.