
Dato' Pa melihat kawasan sekitar Projek Pondok Moden
BUKIT BUNGA 22 Julai 2007 – Dato Mustapa Mohamed dengan ditemani beberapa pagawai UMNO Bahagian Jeli semalam telah mengadakan lawatan ke Pondok Moden Jeli yang telah dibina sejak 2006 dan dijangka akan siap dalam tahun 2007 ini.
Konsep “Pondok Moden” ini ialah cetusan idea Dato’ Pa sendiri dan ianya bukanlah seperti pondok-pondok kampung sebelum ini dimana di pondok ini, warga emas mahupun belia boleh datang ke sini bagi mengadakan majlis-majlis agama malah boleh tinggal diasrama untuk jangkamasa yang mereka perlukan dan boleh kembali ke rumah asal mereka.
Konsep pondok moden ini seolah-olah seperti Balai Islam dimana sesiapa sahaja boleh berkunjung kesini bagi mendalami ilmu agama malah pelbagai kemudahan seperti kantin, asrama, tandas dan surau turut disediakan. Selain itu pondok ini juga akan ditempatkan beberapa orang ustaz dan juga Kiai bagi menghidupkan pondok moden ini.

Pondok Moden dijangka siap dalam tahun ini