
Dato Pa bermesra dengan para peserta yang bakal mendapatkan lesen 'L' pada 28 haribulan nanti
BUKIT NANGKA 21 Julai 2007 – Satu ceramah dibawah usahasama JPJ Bukit Bunga telah diadakan di Kompleks UMNO Bukit Nangka melibatkan orang asli daripada kawasan Jeli ini telah berlangsung selama 2 hari dan berakhir pada Ahad, 22 Julai 07 dengan jumlah peserta melebihi 80 orang.
Ceramah ini adalah sebagai persediaan untuk mendapatkan lesen yang akan diserahkan oleh Dato’ Mustapa Mohamed sendiri selaku Ahli Parlimen Jeli dalam program “Sehari Bersama JPJ” yang bakal diadakan pada 28 Julai 07 nanti.
Ceramah yang dikendalikan oleh institut memandu tempatan ini menghadkan penglibatan orang asli yang hanya berumur 21 tahun keatas sahaja dan bagi masyarakat awam, mereka yang berumur 45 tahun keatas sahaja.