
Paling kanan-Dr. Mortaza dan beberapa pegawai UMK memberikan "Thumbs-up" untuk UMK
JELI 22 Julai 2007 – Pelajar-pelajar daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mengadakan lawatan ke Gunung Reng di Daerah Jeli kawasan Batu Melintang di sini semalam.
Lawatan yang diketuai oleh Prof. Dr. Mortaza Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta Prof. Madya Abd. Aziz Latif, Pensyarah Pusat Pengajian & Keusahawanan merakamkan rasa kagum dengan keindahan alam ciptaan Tuhan di bumi Jeli ini.
Menurut pandangan kedua-dua pegawai akademik ini, Gunung Reng boleh dijadikan sebagai salah satu lapangan kajian bagi pelajar-pelajar tentang bagaimana menjadikan kawasan ini sebagai salah sebuah medium ekonomi yang lebih besar daripada sekarang dan ianya dilihat bertepatan dengan kursus keusahawanan yang ditawarkan oleh UMK.
Rombongan yang melibatkan seramai 34 orang pelajar itu yang sebelumnya ke Bandar Jeli kemudiannya meneruskan perjalanan ke Darul Falah bagi menghadiri program “Makan Durian Bersama Pelajar” bersama-sama Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Mustapa Mohamed.

Pelajar-pelajar UMK sempat bergambar kenangan di Gunung Reng