Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 “Rumah Saya Sentiasa Terbuka….” Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 23 Julai 2007

Makan Durian_1.jpg

Dato' Pa dan Prof. Madya Abd. Aziz Latif sedang bermesra dengan pelajar

 

DARUL FALAH 22 Julai 2007 – “Jikalau ada ingin mengadakan program, bolehlah  datang ke rumah saya, ia sentiasa terbuka untuk semua...” Begitulah kata-kata Dato’ Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi semalam ketika meraikan pelajar-pelajar UMK dalam Majlis ‘Makan Durian Bersama Pelajar’ di kediamannya semalam.

 

Dalam ucapannya lagi, Dato’ Pa menyatakan bahawa beliau mengharapkan agar pelajar-pelajar UMK ini lain daripada yang lain dari segi berdaya saing, akademik, akhlak serta kemahiran. 

 

Dato’ Pa menegaskan bahawa apa yang boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar UMK di Jeli ini adalah menjadikan kawasan ini sebagai sebuah pusat kajian untuk Industri Kecil Sederhana (SME) serta mencari langkah-langkah dalam memajukan lagi sektor ini dikawasan ini.

 

Antara pengisian lain majlis ini semalam ialah lawatan ke Kampus Sementara UMK di Jeli serta beberapa tempat menarik yang berpotensi untuk dimajukan, ditemani oleh Prof. Dato' Dr. Mortaza Mohamed, Timb. Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni serta Prof. Madya Abd. Aziz Latif, Pensyarah Pusat Perniagaan & Keusahawanan serta pegawai HEP.

 

Majlis yang dianjurkan ini adalah bertujuan bagi mendekatkan pelajar-pelajar UMK kepada Jeli serta masyarakat sekitarnya.

 

Makan Durian_2.jpg

Ketiga dari kanan-Timb. Naib Canselor Prof. Dato' Dr. Mortaza sedang menjamu durian bersama para pelajar

 

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement