Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Sukan Komuniti Jeli di KEM 301 Minimize
Location: BlogsBuletin JeliHebahan    
Posted by: umnojeli_admin 21 Julai 2007

Sukan komuniti_1

YB Adhan ditemani Leftenan Kol. Nazlee bersalaman dengan para pemain bola sepak sebelum perlawanan

 

JELI 20 Julai 2007 – Permainan Sukan Komuniti di bawah anjuran Parlimen Jeli telah diadakan di KEM 301 semalam dengan berlangsungnya acara sukan bola sepak lelaki dan bola jaring wanita diantara kakitangan tentera dan masyarakat setempat mewakili zon masing-masing.

 

Bagi perlawanan bola sepak, Skuad Bola Kem 301 telah berjaya memenangi perlawanan melawan Veteran DUN Bukit Bunga dengan memperolehi kemenangan 3:0 manakala bagi acara bola jaring wanita pula, kemenangan berpihak kepada Pasukan Wanita UMNO dengan mengalahkan lawannya Kumpulan Bakat 31 dengan 12:8.

 

Bagi kedua-dua acara komuniti ini, YB Adhan Kechik, Ahli DUN Bukit Bunga telah ditemani oleh Pegawai Pemerintah KEM 301, Leftenan Kolonel Nazlee Bin Alias turut "turun padang" bagi menyaksikan sendiri perlawanan yang diacarakan.

 

Perlawanan yang bermula sekitar jam 5.00ptg itu selesai pada sekitar jam 7.00ptg dan disudahi dengan jamuan petang serta penyampaian hadiah kepada pemenang.

 

Sukan Komuniti_2

Kanan-YB Adhan dan Lef. Kol. sempat bergambar bersama para peserta (kiri-permainan diacarakan)

 

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement