Carian  
06 Januari 2009 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Majlis Makan Besar KEM 301 Minimize
Location: BlogsBuletin JeliHebahan    
Posted by: umnojeli_admin 21 Julai 2007

Jamuan Mkn Besar_1

Kiri-Pegawai Pemerintah Lef. Kol. Nazlee Bin Alias sedang memberikan kata ucapan (kanan-para hadirin)

 

JELI 20 Julai 2007 – Satu majlis sempena meraikan ulang tahun Pasukan KEM 301 yang ke-28 telah berlangsung dengan gemilangnya di Dewan Besar Pasukan kem itu semalam.

 

Majlis yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Nazlee Bin Alias selaku Pegawai Pemerintah KEM 301 menyambut baik kedatangan Jemputan Kehormat, YB. Mohd Adhan bin Kechik selaku Ahli DUN Bukit Bunga menggantikan Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Mustapa Mohamed telah menambahkan lagi seri majlis.

 

Acara majlis gilang-gemilang ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan Lef. Kol. Nazlee Alias, dalam ucapannya beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB. Adhan kerana sudi hadir dan diikuti oleh ucapan YB. Adhan sendiri yang berterima kasih dan berbesar hati kerana telah dijemput untuk memeriahkan majlis.  

 

Majlis yang melibatkan seramai 800 orang hadirin ini telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan tentera seluruh kem dan para hadirin telah disajikan dengan hidangan makanan serta pementasan lagu-lagu dari Band Tentera Kem 301.

 

Jamuan Mkn Besar_2

Kanan-YB. Adhan sedang memberikan sedikit kata-kata penghargaan

 

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement